lma x mnulis...
entri kali nie pon ana just kongsi dari sorng akhwat..
semoga bermanfaat kepada semua...
1st time dg bnda nie mmg rsa brt...kerna hidup kita nie bukan hnya beribadat semata...
malah wajib mnjadi khalifah...
konteks kalifah la yang ana x fhm dulu...masyaAllah...
Alhamdulillah....sekarang dh sedar...insyaAllah hanya sekadar berkongsi...
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..Subhanallah, Alhamdulillah, Allahukbar..
Apa maksud SYAHADATUL HAQ? mungkin ada yang pernah dengar
dan mungkin juga yang pernah dengar ungkapan ini. insyaALLAH, ana akan cuba
sampaikan sedikit sebanyak mengenai Syahadatul Al-Haq..
Kalimah Syahadah yang selalu kita baca di dalam solat yang membawa maksud;
"Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksibahawa Nabi Muhammad
pesuruh Allah."
Syahadah-
penyaksian
Al-Haq -
kebenaran
Syahadatul Haq
memberi makna kepada penyaksian terhadap kebenaran
SYAHADATUL AL-HAQ bermaksud Pengakuan
Sebenar Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah
Utusan Allah. seruan ini dikemukakan oleh Sayyid Abu al-A’la al-Maududi
seorang ‘alim, malah seorang pemikir Islam kontemporari yang terulung serta
pengasas al-Jama’ah al-Islamiyyah di Benua India. Seruan ini menjelaskan kepada
masyarakat tentang dakwah islamiyyah.
“Syahadah Al-Haq” bukan sekadar mengimani
kewujudan Allah, malaikatNya, kitabNya, rasulNya dan hari akhirat. Malah
tanggungjawab syahadah ini juga tidak cukup setakat mendirikan sembahyang,
puasa, zakat dan haji. Syahadah ini hanya terlaksana apabila orang-orang yang
beriman menyampaikan kalimah hak ke seluruh bangsa manusia dalam bentuk amal
soleh, akhlak yang terpuji dan pemerintahan yang adil. Maksudnya di sina adalah
kita perlu melaksankan tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.
Walaupun kita
telah menunaikan semua kewajipan fardu, kita masih belum dikira sebagai
melaksanakan dan membuat penyaksian terhadap kebenaran syahadah kita, selagi
mana kita tidak MENYAMPAIKAN penyaksian kebenaran kita kepada umat
manusia, yakni menyampaikan risalah Islam, atau dalam erti kata yang lain, MELAKSANAKAN
DAKWAH dan menjadi Da'ie !
Di zaman
teknologi ini, pelbagai cara dapat kita lakukan untuk menyampaikan dakwah ini,
contonya,blog, facebook, friendster, YM dan sebagainya. ini merupakan salah
satu cara melalui penulisan untuk menyampaiakan dakwah kepada manusia lain.
Sebenarnya apabila kita mengakui Allah
sebagai tuhan dan Islam sebagai agama kemudian kita lafazkan syahadah yang
sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan
Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu
kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini.
Tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.
Hak syahadah ini perlu dilaksanakan dengan cara kita menyampaikan kalimah hak ini ke seluruh bangsa manusia, melalui amalan soleh yang kita lakukan, melalui akhlak terpuji yang kita miliki serta melalui pemerintahan kita yang adil dan betul supaya pada hari di mana segala saksi bangkit menyatakan penyaksian mereka, semua manusia tunduk di bawah hujah Allah dan mereka tidak dapat menafikan bahawa dakwah para nabi dan kalimah hak ini telah sampai ke gegendang telinga mereka. Allah Taala berfirman:

وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬اۗ
Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad)satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang membenarkan kebenaran perbuatan kamu.(Al-Baqarah:143)

Kalimah ummatan
wasato atau umat pertengahan merujuk kepada tugas kita untuk
menyampaikan dakwah ke seluruh manusia. Rasul menjadi saksi di atas segala
perbuatan kita. Kita sebagai umat pertengahan perlu menyambung tugas dakwah
Rasulullah dan kita menjadi saksi di atas segala perbuatan manusia lain.
Sebenarnya besar kan tanggungjawab kita?adakah kita telah melaksanakannya?kita tidak boleh berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja tanpa memikirkan dan melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.
Bagaimana pula jika kita menolak atau menyembunyikan syahadah ini?

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِۗ
Dan siapakah
yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan
bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? (AlBaqarah (2:140)
Lihatlah kaum Yahudi yang telah dianugerahkan
takhta syahadah ini sebelum kita. Malangnya ada kala mereka menyembunyikan
syahadah ini dan ada kalanya mereka mengakui kebenaran syahadah ini, menurut
kemahuan mereka yang berniat jahat. Malahan mereka tenggelam dalam kezaliman.
Akhirnya segala amalan dan syahadah mereka digunakan bagi menegakkan kepalsuan
dan menidakkan kebenaran. Justeru itu mereka layak menerima laknat
selama-lamanya. Oleh itu mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan, dan sudah
sepatutnya mereka menerima kemurkaan Allah sebagaimana dinyatakan sendiri oleh
wahyu Allah.
Mereka adalah golongan yang engkar kepada untuk memikul beban dakwah ini tanggungjawab untuk menyampaikan kebenaran.
Satu analogi yang boleh kita lihat dalam perihal menyembunyikan kebenaran ini;
Pn A menyaksikan satu kemalagan jalan raya diantara seorang perempuan yang mengandung dengan sebuah kereta. pemandu kereta itu melarikan diri. di sini Pn A merupakan saksi di atas kejadian tersebut. apakah akan berlaku kepada perempuan mengandung itu sekiranya Pn. A menyembunyikan kebenaran?Adakah nasib perempuan mengandung itu akan terbela?
Begitu juga dengan kita, sekiranya kita terus menyembunyikan kebenaran ini, manusia lain akan sentiasa berada di dalam kesesatan dan kerugian..
Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita bimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah, kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.

1. Wahai
orang-orang yang berselimut.
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !
(Surah Al-Mudassir)
2. Bangunlah, lalu berilah peringatan !
(Surah Al-Mudassir)
AYUH! mari kita sama-sama bangun dan sedar
akan tanggungjawab yang perlu kita laksankan ini. semoga kita diberikan
kekuatan di jalan dakwah ini. semoga kita tidak tergolong dikalangan
orang-orang yang ingkar. Na'udzubillah
min dzalik.
sumber: Syahadah Al-Haq-Penyaksian
Terhadap Kebenaran(Sheikh Abul Al-A'la Al-Maududi)
fastabiqul khairat..
~hatikecil hub jauhar~

No comments:
Post a Comment