Saturday, 3 March 2012

~~~bila saat mulut di kunci~~~~

‎- BILA - MULUT - TERKUNCI -

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤•☆ *❤

"Ingatilah selalu di dalam hatimu bahawa ALLAH SWT telah memberikan nikmat yang begitu banyak padamu yang berupa nikmat yang besar-besar iaitu keseluruhan anggotamu yang wajib dipelihara dan mensyukurinya. Jika anda enggan dan tidak menjaganya, pasti kesemua anggota anda tersebut akan menjadi saksi ke atasmu pada hari kiamat nanti".


Sebagaimana firman ALLAH SWTdalam surah Yasin ayat 65 :

"Pada hari ini (hari kiamat) Kami (Allah SWT) menutup mulut mereka itu (menegahnya daripada bercakap) dan berbicara dengan Kami oleh tangan mereka dan menjadi saksi oleh kaki mereka tentang apa-apa yang telah mereka kerjakan (di dalam dunia)".(Yasin ayat: 65)

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤•☆ *❤

Jadi, setiap anggota akan bercakap tentang kejahatan yang telah mereka lakukan di dunia dahulu.

Sebagaimana firman ALLAH SWT di dalam surah Fussilat ayat 2 :

"Kamu tidak dapat (di dalam dunia dahulu) menutupi (menyembunyikan dirimu ketika melakukon dosa dan kejahatan daripada menjadi saksi atas kamu oleh pendengaran telinga, penglihatan mata dan kulit-kulitmu terhadapmu".


Ketegasan ayat resebut mengingatkan kita bahawa manusia tidak dapat menyembunyikan dan menutup diri daripada saksi-saksi tersebut kecuali meninggalkan terus segala kejahatan itu.

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤•☆ *❤

Kenapa?

Kerana kesemuanya itu tidak akan bercerai dan berpisah daripada manusia pada setiap masa dan tempat selagi nyawa dikandung badan. Malaikat Raqib dan Atid SETIAP SAAT sentiasa berada di sisi, kiri dan kanan untuk mengawasi dan mencatat segala amalan kita.

Buktinya?

Sebahagian ulama' menjelaskan bahawa di antara malaikat ada yang bernama Raqib dan ‘Atid berdasarkan firman ALLAH SWT :

“Tidak suatu ucapan pun yang diucapkan melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” (Qaaf : 18)

ASTAGHFIRLULLAH
ASTAGHFIRLULLAH
ASTAGHFIRLULLAH

☆ * ❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ *❤ ¸. • * ¨ `* •.♫. •☆ * ❤•☆ *❤








No comments:

Post a Comment